Friday, November 6, 2009

Lelaki Menangis kerana Cinta...

salam..
mood pagi2 nie xtaw la np mood motivasi..
mungkin sbb ati dan diri ini tidak berapa tenteram..
jd smbl search dan berjln merata-rata d dunia maya ini..
terjumpa la artikel2 berkaitan motivasi cinta..
jadi jom lah kita selusuri entry kali ini..



Seorng wanita yang menangis kerana cintanya, itu patut sebab wanita memang makhluk yang beremosi. Tetapi jika lelaki yang demikian, dia lemah kerana air mata lelaki bukan kepalang harganya untuk dibuang begitu sahaja. Sekadar berasa tidak keruan, sedih dan keliru itu biasa. Tetapi, kalau terlalu sedih hingga menjejaskan hidup, adalah tidak wajar sama sekali. Mungkin ada yang kata “aku menangis sebab aku jujur dan ikhlas dalam menyayanginya tapi rupanya aku dipermainkan“. Adalah bagus kerana jujur dan ikhlas tu paling susah untuk dicari dalam sesuatu perhubungan. Jika kita ditinggalkan tanpa sebab, itu tandanya kejujuran itu tidak dihargai.. Berikanlah kejujuran anda itu kepada wanita lain yang lebih jujur dan ikhlas menerima anda seadanya.
Anda tidak boleh bergantung harap pada wanita yang tidak jujur dalam perhubungan. Apabila dia menyatakan dia hendak pergi meninggalkan anda, biarkan dia pergi. Itu menunjukkan wajahnya yang sebenar..sikap yang lebih kepada mencari kesempatan dan juga menguji cinta. Harus diingat, berhati2 lah pada lelaki yang kacak dan juga wanita yang cantik..kerana selalunya org yang begini, kurang ikhlas dalam banyak hal. Depan anda, dia lain, belakang anda mungkin dia keluar dgn yang lain.


Siapakah sebenarnya lelaki...kenali diri anda agar anda mendapat kasih sayang wanita sejati dan anda tidak sekali2 menangis kerananya :


1- Bila seseorang lelaki menyatakan dia sdg bersedih, ttp dia tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sdg menangis didalam hatinya. Itu lebih sesuai bagi seorang lelaki.

2- Bila seseorang wanita tidak menghiraukannya, itu hanyalah ujian untuk melihat sejauh mana bersungguhnya anda untuk memiliki hatinya.

3- Lelaki masih boleh mencari benda yang dia benci tntg sesorg yang paling dia sayang. Ini bermakna usah anda fikirkan tntg hati anda sahaja..fikir juga hati wanita berkenaan tatkala mahu membencinya.

Now..bagi yang sekadar baca, its nothing…bagi yang mahu bina hati, ini adalah satu artikel paling berguna..fikirkan.

5 pemberi semangat:

Saufi said...

cool la bro.... CINTA ada dimana2.... cume kita yang terkadang tidak menyedarinya..... makna cinta itu terlalu luas untuk diungkapkan degan kata2....

kata2 tidak mampu menyayingi unggulnya perasaan.... think !

Ammar said...

wow..
btol tu abgku..
kiranya mcm kita na masuk sebuah rumah tp kita ragu2 sedangkan pintu rumah tu da terbuka luas..

dan mmg sgt2 tepat kata2 xmampu saingi perasaan..

nungka!!! said...

Air Mata Taubat Adalah Air Yang Paling Suci

gunakanlah air mata yang berjujuran sebagai benteng dari menahan api neraka,

http://pesonatasia.blogspot.com/2008/07/air-mata-taubat-adalah-air-yang-paling.html

nuraziatulakma said...

saya amik sebagai iktibar dann kongsi awknya page yaa :D

Ammar said...

nungka : yup2..air mata kerana allah padamkan api neraka..

nuraziatulakma : first time org na sharekan link blog nie.. tq sgt2..

 
;