mohon dirujuk pada tampalan ini dahulu..
aku cuma rasa terpanggil untuk memberi sepatah dua cambahan minda..
C.I.N.T.A..
cinta itu bukan senang dilahirkan,cinta itu bukan mudah ditutur katakan..
cinta itu datang tanpa diduga,cinta pergi tanpa diminta..
cinta itu ibarat semut yang selalunya kita tidak nampak melainkan menerusi penelitian..
cinta itu adakalanya ubat,adakalanya penyakit..
dan cinta itu bukan semuanya memberikan kesenangan dan kebahagiaan..
cinta itu umpama makan sambal belacan,walau pedas ia tetap dimakan jua..
cinta itu seperti pisang goreng.. bila panas,sedap..
orang kata lelaki ini paling lemah dalam menyampaikan erti cinta..
ego lelaki ini tinggi dan selalu berlagak bila bercerita tentang cinta..
lelaki juga susah menitiskan air mata walau dalam apa keadaan sekalipun..
tetapi anda cubalah beri satu cabaran kepada lelaki ini..
cabaran itu mesti berkaitan orang yang mereka sayangi..
dan aku jamin..
mereka akan menitiskan airmata..
ini ialah realitinya dalam singkatan..
kehalusan , penelitian..
dua aspek ini banyak dimonopoli oleh insan yang bergelar Tulang Rusuk..
atau lebih sinonim Wanita..
YA,mereka hebat dalam cinta ini..
dan mereka selalu dan senang terguris dengan satu patah perkataan pon..
tapi tahukah,seorang wanita juga tidak senang dan tidak cepat dalam melafazkan perkataan cinta..
walau dalam apa keadaan pun mereka masih ada halangan dalam melafazkannya..
tidak percaya?
lihat saja ibu kita..
kenangkan kembali,banyak mana ibu kita melafazkannya terhadap bapa kita?
banyak mana ibu kita melafazkan melalui tutur kata perkataan cinta itu apabila melihat anaknya menaiki bas untuk kembali ke tempat pengajian?
kedua-duanya malu dalam melafazkan kata CINTA kan?
aku ambil sedikit quote dari blog tersebut
"ada yang kata sebab mereka takut, cinta mereka tak dibalas."
jawapan aku ya..
memang,contohnya begini..
seorang lelaki yang kelihatan biasa sahaja -> wanita yang dilihat oleh semua orang cantik + comel..
lelaki tersebut akan timbul pelbagai tanda tanya dalam diri beliau dalam usahanya untuk memenangai hati wanita tersebut..
bayangkan berapa banyak spesikulasi yang lelaki tersebut fikirkan..
"dia tu cantik,aku mana layak na mendampingi dia"
"aku ni muka pon kurang,nak ke dia?"
"awek ni mesti da ada orang punya,aku tarik diri la"
"aku ni muka pon kurang,nak ke dia?"
"awek ni mesti da ada orang punya,aku tarik diri la"
itulah kebiasaanya perasaan dalam diri seorang lelaki itu..
tapi,tahukah..
menurut kajian,lelaki begini lebih setia dengan pasangan mereka?
dan quote diatas juga menyokong kuat dimana tahap kerisauan seorang lelaki dalam menggalas tanggungjawab tersebut..
bukan kerana TAKUT..
tapi kerana tidak sanggup untuk melukakan satu hati..
percayalah,walau sukar kedua-duanya meluahkan erti cinta..
akan sampai satu masa dimana mereka ini akan sentiasa merasakan CINTA itu sendiri..
aku sentiasa teringat seorang kawan aku ini berkata,
"alah,balak boleh tebang la. Ko test je."
tapi,ini bukan prinsip aku..
sebab aku terfikir..
jika perkara yang kawan aku ini katakan terkena / terjadi pada diri dia sendiri..
bagaimana?
secara jujurnya,sakit itu pasti..
SESUNGGUHNYA CINTA itu SUBJEKTIF..





2 pemberi semangat:
great! ;)
wah2. nice writing. :) a good reply post.
Post a Comment