...Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu
saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya…dan jangan pernah mencintai
seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika
kamu tahu kekurangannya...
Bagaimana hari anda berlalu hari-hari tanpa cinta? hidup ini
tidak dapat lari dari cinta...indahnya cinta itu bila melihat orang yang kita
sayangi bahagia walau bukan dengan kita.. Kerana cinta itu bukan mempunyai
kekuatan untuk melangkah jauh melihat kebahagiaan si dia..
Namun di mana hendak kamu mencari satu kekuatan untuk
membenarkan rasa yang tersimpan menjadi kenyataan.. Sejauh mana lagi hendak
kamu sembunyikan selaut kasih itu sedangkan hari harimu meronta satu sudut
dunia yang dirimu amat menyayang akan dirinya..
Kamu merasakan seolah kamu bahagia begini, hanya memandang
dalam jauh.. Melihat dalam dalam di matanya menyembunyikan getaran yang
tersimpan.. Jika takut berkata cinta, simpan saja hingga hilang akan dia..
Sesalan tiada gunanya jika hanya menunggu saat kehadirannya..
Memang menyakitkan hati pabila kita jatuh cinta pada
seseorang itu dan cinta kita tidak diterima, di tolak hingga luka yang pedih
terasa di lubuk hati.. Tetapi amat menyakitkan hati dan terus di dalam sesalan
jika cinta akan seseorang namun tiada kekuatan diri menyatakan.. Kuatkan azam
membentuk satu kisah antara kamu dan dia..
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang
maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita?
Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan
akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia
cinta yang ditakdirkan.
Kadang kala hati kita merasakan rindu sangat pada seseorang
tetapi hati kita selalu berkata kata aku takut untuk meluahkannya.. Dan kerana
rindu itu tiada bertepi.. Takut akan merubah segalanya yang indah.. Amat kita
takut menghadapi igauan sedangkan kita sendiri dalam samar.. Mungkin nasib diri
bertuah selangit cerah.. Dan mungkin saja diri amat malang, sedalam laut
hitam..
Tiada manusia yang rugi pada sesuatu yang tidak pasti.. Dia
mungkin bukan jodoh kita, kita bukan matahari buatnya.. Malam indah kita bukan
untuknya dakap erat dan ucap salam sejahtera serta cinta.. Kita mungkin pernah
hiaskan hatinya hanya kerana dia sunyi dan mahukan teman di kala bersendiri.
Dan ingin saja kita mahu keseorangan dan bersendirian dalam
mengejar mimpi indah.. Namun hakikatnya kita dalam sepi menanggis kesunyian
seolah tiada langsung manusia yang bersimpati.. Dan kita terus hanyut di dalam
arus yang diam.. Mencari satu wajah yang akan memiliki sekeping hati ini..
Kadang orang berkata, adakah kita tiada rasa atau perasaan..
Seolah memandang hina akan diri kita.. Dalam menjejak mimpi yang dulu hilang..
Dan sebenarnya orang itu tidak tahu.. Kita masih ada harga diri yang tinggi.. Menanti
nilai cinta suci dan bukan hanya semudah menerima sesiapa
saja..
via Sentuhan Maya





0 pemberi semangat:
Post a Comment